tentang kami
asal kedai tepi jalan
Gambar ni ditangkap pada tahun 2019. Boleh nampak lecak-lecak dekat lantai simen tu, lepas hujan melanda.
Binaan bumbung yang tak berapa nak elok, membuatkan air hujan bukan sahaja tak masuk terus ke dalam longkang, malah masuk ke dalam ruangan makan.
Namun dengan adanya pelanggan-pelanggan yang awesome seperti mereka dan kalian, tetap terus menjamu selera menyokong perusahaan yang meningkatkan martabat Sajian Melayu kita.
Di sinilah kubu pertama kami merpertahankan martabat sajian pusaka nenek moyang kita yang kian tenggelam dengan masakan negara-negara luar. Tomyam, ayam penyet, kimchi, takoyaki, antara perisik-perisik yang kian sebati dengan masyarakat kita.
Kafe kasbin nilai
Restoran
HEBAT
Ada
13 rukun
Rukun yang pertama-tamanya adalah, komander dia mesti power. Ini menjadi tangkal bagi min untuk terus perbaiki diri demi warga Kafe Kasbin, baik team mahupun pelanggan.
Antara rukun yang lainnya termasuklah lokasi yang bagus, lengkap dengan parking dan keluasan yang selesa. Oleh itu, langkah leap of faith harus dilakukan, hijrah menjadi perkara yang wajib dilaksanakan.
Hijrah yang dilakukan tak persis penghijrahan min ke negara penjajah pada tahun 2011. Berpenaja. Hijrah yang jauh lebih dekat jaraknya, lebih mencabar onaknya. PKP yang tak berkesudahan, terduduk keseorangan ditinggalkan, monolog negatif yang berpanjangan, tak mudah tuan-tuan dan puan-puan.
Dikala tersembam rapat ke tanah, ada yang menghulurkan bantuan. Siapa? Family min. Dioranglah support system yang paling kita tak sangka-sangka sebenarnya. Sekarang Kafe Kasbin aktif menegakkan misi, menghidangakan asam pedas, masak lemak, masak kicap, Set ikan bakar dalam talam dan macam-macam lagi, yang paling penting bersama keluarga yang dikasihi.
tentang anda
Perjalanan anda ke sini, jauh atau dekat, atas sebab untuk menghappykan keluarga.
Pilih ikan yang terbaik untuk si dia,
semarakkan belasan tahun punya cinta,
good food good vibe untuk usrah semestinya.

asam pedas
masak lemak cili padi

sambutan &
keraian

ikan bakar
sotong goreng tepung

